widgets

Elakkan Bahasa Rojak!

Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod iaitu mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu.



         
          Bahasa rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan bahasa rojak. Sebagai contoh, TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.


Contoh bahasa rojak - Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris

Kau memang terror la!

            Tempat makan ni best sangat!


Contoh bahasa rojak - Bahasa Melayu campur bahasa Cina.

Nak makan sini ke nak tapau?

            Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim punya maa!

            Apasal lu buat ini kerja cincai?



 KATAKAN TIDAK PADA BAHASA ROJAK!


SIMPULAN BAHASA


Simpulan Bahasa
Maksudnya
langkah seribucepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabangkata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudungcepat membuat kerja
lintah daratmengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman.
makan anginbersiar-siar untuk berehat
makan suapmenerima rasuah
malu-malu kucingberpura-pura malu di hadapan orang
mandi peluhbekerja kuat
mati katakmati dengan sia-sia
membabi butamelakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diritahu menjaga diri
membuka jalanmemberi laluan kepada orang lain
memeras otakterlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diritidak turut serta atau meletak jawatan
mencari jalanberusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci matagembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hatilucu atau menggelikan hati
mengabui matacuba memperdaya atau menipu
mengambil anginbersiar-siar untuk berehat
mengambil beratmemberi sepenuh perhatian
mengambil hatidapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakatlatihan untuk mengembangkan bakat
muka temboktidak berasa malu
mulut muraikuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayantidak dapat menyimpan rahsia
murah hatisuka bederma atau pemurah
naik anginterlalu marah
nyawa-nyawa ikanhampir-hampir mati
orang atasanorang yang berpangkat tinggi
otak cairpintar atau bijak
otak keringkurang siuman
otak udangbebal atau bodoh
paku belandabarangan yang tetap harganya
panas hatimeradang atau marah
panjang tangansuka mencuri
pasang telingamendengar dengan teliti
pekak badakkurang jelas pendengarannya
pembasuh mulutmakanan yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulutpertengkaran
pilih kasihmemberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukurperempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilintidak tahan terkena panas matahari
putih hatiikhlas atau jujur
putih matamengalami kekecewaan
rabun ayampenglihatan yang kurang jelas
rambang matasukar membuat pilihan
ringan tangansuka membuat kerja atau menolong orang
sampai hatitergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarangmembuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbukamenyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jeringorang yang kedekut
tawar hatitidak mempunyai minat lagi
tebal mukatidak tahu malu
telinga kualitahan hati menerima kemarahan
telinga lintahtajam pendengaran
telinga nipiscepat marah atau meradang
terang hatimudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayamtidur yang tidak nyenyak
tin kosongbercakap besar tanpa ilmu
titik peluhhasil usaha yang bersungguh-sungguh

Latihan Peribahasa Darjah 6 Dinamik

Assalamulaikum semua,,,
Hari ini cikgu ingin semua murid darjah 6 Dinamik menjawab soalan peribahasa dibawah dan cari makna bagi setiap peribahasa tersebut. Sila dapatkan makna dan jawapan bagi setiap soalan dan kita akan sama-sama berbincang di dalam kelas esok. Seperti penerangan cikgu sebelum ini di dalam kelas dan sedikit nota peribahasa di dalam laman blog ini, cikgu berharap kamu semua sudah dapat menjawab dengan baik..Selamat mencuba,,

Apa itu pepatah?


          Pepatah juga disebut perbilangan dan mempunyai struktur yang hampir sama dengan bidalan. Pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah seperti ikatan puisi.
          Setiap pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Pepatah
Maksud Pepatah
Alah bisa tegal biasa.Kalau selalu melakukan pekerjaan akan menjadi kebiasaan.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.Orang besar-besar berselisih, rakyat jelata yang menderita.
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.Membuat sesuatu sedikit demi sedikit, lama-lama akan berhasil juga.
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi.
Mendapat sesuatu yang diingini.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Orang yang bercita-cita akan berusaha untuk mencapainya.
Genggam bara api, biar sampai jadi arang.
Bersabar melakukan kerja yang susah hingga berjaya.
Ketengah boleh, ke tepi pun boleh.
Orang yang sesuai di bawa ke mana sahaja.
Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
Budi baik tetap dikenang walaupun orangnya sudah mati.
Ikut suka luka, ikut hati mati, ikut rasa binasa.Kita tidak boleh mengikut perasaan tetapi berfikir sebelum bertindak.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.Menunjukkan kesyukuran atas pemberian kepada kita.
Biar putih tulang, jangan putih mata.Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu.
Ditelan mati emak, diluah mati bapaSusah untuk memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting.
Hilang bahasa lenyap bangsaKalau hilang sesuatu bahasa, orang tidak akan mengenali bangsa itu lagi.

Mari menjawab soalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Hari ini cikgu ingin kamu semua menjawab latihan kata nama berikut. Soalan ini adalah sebagai latihan pengukuhan dan pengayaan kamu semua.. Untuk menjawab soalan, sila klik pautan dibawah..Selamat mencuba.!

LATIHAN 5

::Assalamualaikum dan salam sejahtera murid-murid...Hari ini cikgu tidak dapat hadir ke sekolah kerana berkursus di luar bandar.Oleh itu cikgu telah menyediakan beberapa latihan untuk kamu semua.

Berikut adalah tugasan yang kamu semua harus laksanakan sepanjang ketiadaan saya:

BINA AYAT :

Arahan : Anda semua dikehendaki membina satu ayat berdasarkan perkataan yang diberikan.

1.menggoreng
2.menguli
3.merebus
4.mengukus
5.memanggang




ISI TEMPAT KOSONG.


Isi tempat kosong dengan kata bilangan yangsesuai.

1. Kakak amat menggemari telur ayam masak ______________.
2. ________________kawasan lapang di belakang rumah Pak Dollah ditanam
    dengan sayur-sayuran.
3. Syazwani gemar mengumpulkan _____________jenis setem luar negara.
4. ____________ orang penjenayah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
5. Lembu peliharaan Pak Samad ada ______________ekor?
6. _____________helai kertas melayang apabila Kamariah menghempas fail ke
    atas mejanya.
7. Haji Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah_______________menderita
    penyakit angin ahmar.
8. ________________jenis cenderamata dijual di ______________ gerai itu.
9. _______________tubuhnya terasa lemah ____________kali diserang demam
   panas.
10.Tuan Zaidi mendermakan ____________ daripada hartanya kepada anak-anak
    yatim.

Sila hantar kepada cikgu pada hari khamis ini jam 12.30 tengahari.

LATIHAN 4


PEMAHAMAN

Arahan : Sila hayati dan teliti video yang dipaparkan dibawah. 



Daripada bahan rangsangan tersebut, anda dikehendaki menjawab soalan-soalan yang berkisarkan cerita yang ditonton.

Soalan 1 :
Huraikan bagaimana Sang Kancil dapat memperdayakan buaya dengan begitu mudah?

Soalan 2 :
Sekiranya Sang Buaya tidak terpedaya dengan helah Sang Kancil, Apakah yang akan berlaku kepada Sang Kancil?. Terangkan. 


Sila lengkapkan kerja rumah ini dan hantarkan kepada cikgu pada hari Isnin 12 Januari 2012.