widgets

LATIHAN 5

::Assalamualaikum dan salam sejahtera murid-murid...Hari ini cikgu tidak dapat hadir ke sekolah kerana berkursus di luar bandar.Oleh itu cikgu telah menyediakan beberapa latihan untuk kamu semua.

Berikut adalah tugasan yang kamu semua harus laksanakan sepanjang ketiadaan saya:

BINA AYAT :

Arahan : Anda semua dikehendaki membina satu ayat berdasarkan perkataan yang diberikan.

1.menggoreng
2.menguli
3.merebus
4.mengukus
5.memanggang




ISI TEMPAT KOSONG.


Isi tempat kosong dengan kata bilangan yangsesuai.

1. Kakak amat menggemari telur ayam masak ______________.
2. ________________kawasan lapang di belakang rumah Pak Dollah ditanam
    dengan sayur-sayuran.
3. Syazwani gemar mengumpulkan _____________jenis setem luar negara.
4. ____________ orang penjenayah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
5. Lembu peliharaan Pak Samad ada ______________ekor?
6. _____________helai kertas melayang apabila Kamariah menghempas fail ke
    atas mejanya.
7. Haji Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah_______________menderita
    penyakit angin ahmar.
8. ________________jenis cenderamata dijual di ______________ gerai itu.
9. _______________tubuhnya terasa lemah ____________kali diserang demam
   panas.
10.Tuan Zaidi mendermakan ____________ daripada hartanya kepada anak-anak
    yatim.

Sila hantar kepada cikgu pada hari khamis ini jam 12.30 tengahari.

LATIHAN 4


PEMAHAMAN

Arahan : Sila hayati dan teliti video yang dipaparkan dibawah. 



Daripada bahan rangsangan tersebut, anda dikehendaki menjawab soalan-soalan yang berkisarkan cerita yang ditonton.

Soalan 1 :
Huraikan bagaimana Sang Kancil dapat memperdayakan buaya dengan begitu mudah?

Soalan 2 :
Sekiranya Sang Buaya tidak terpedaya dengan helah Sang Kancil, Apakah yang akan berlaku kepada Sang Kancil?. Terangkan. 


Sila lengkapkan kerja rumah ini dan hantarkan kepada cikgu pada hari Isnin 12 Januari 2012.

LATIHAN 2


Arahan :
Sila baca pantun 4 kerat dibawah dan kemudian senaraikan nilai-nilai murni yang terkandung didalamnya.
Pantun 1
Pergi mendaki Gunung Daik,
Hendak menjerat kancil dan rusa,
Bergotong-royong amalan yang baik,
Elok diamalkan setiap masa.

Pantun 2
Buah pelaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu,
Sebarang kerja hendak difikir,
Supaa jangan mendapat malu.

Pantun 3
Padi segemal kepuk di hlu,
Sirih di hilir merekap junjungan,
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Pasir sebutir jadikan intan.

Pantun 4
Jangan pergi mandi dilombong,
Emak dan kakak sedang mencuci,
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci.

Daripada 4 rangkap pantun diatas, sila kenalpasti nilai-nilai murni yang cuba disampaikan. Tulis semua nilai-nilai murni yang terkandung di dalam pantun tersebut ke dalam buku latihan dan hantarkan kepada cikgu selewat-lewatnya pada 09 Januari 2013.



LATIHAN 3


ARAHAN :

Berdasarkan bahan rangsangan di bawah, sila hayati bahan rangsangan dibawah. Kemudian, sila bina tiga ayat tunggal berdasarkan bahan tersebut.



Sila hantar kepada cikgu pada 10 Januari 2012.


LATIHAN 1

KARANGAN PROFIL


Arahan: Berdasarkan gambar berikut, bina sebuah karangan pendek bertajuk "Aku Seorang Perdana Menteri". Panjang karangan antara 100-150 patah perkataan.



Sila tulis dalam buku latihan dan hantar kepada cikgu pada hari Isnin, 14 Januari 2013.

Pantun Klasik


Pisang emas dibawa berlayar,
masak sebiji diatas peti,
hutang emas boleh dibayar,
masak sebiji diatas peti.