widgets

LATIHAN 2


Arahan :
Sila baca pantun 4 kerat dibawah dan kemudian senaraikan nilai-nilai murni yang terkandung didalamnya.
Pantun 1
Pergi mendaki Gunung Daik,
Hendak menjerat kancil dan rusa,
Bergotong-royong amalan yang baik,
Elok diamalkan setiap masa.

Pantun 2
Buah pelaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu,
Sebarang kerja hendak difikir,
Supaa jangan mendapat malu.

Pantun 3
Padi segemal kepuk di hlu,
Sirih di hilir merekap junjungan,
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Pasir sebutir jadikan intan.

Pantun 4
Jangan pergi mandi dilombong,
Emak dan kakak sedang mencuci,
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci.

Daripada 4 rangkap pantun diatas, sila kenalpasti nilai-nilai murni yang cuba disampaikan. Tulis semua nilai-nilai murni yang terkandung di dalam pantun tersebut ke dalam buku latihan dan hantarkan kepada cikgu selewat-lewatnya pada 09 Januari 2013.



No comments:

Post a Comment